Monday, March 24, 2014

PALESTIN - Hamas Sediakan Senjata Lebih Canggih


Ismael HaniyahPerdana Menteri Palestin di Jalur Gaza, Ismail Haniyah, menegaskan bahawa setiap agresi baru di Jalur Gaza akan dibayar mahal oleh Israel. Haniyah menambahkan bahawa Hamas dan pejuang Palestin lainnya masih memiliki persenjataan yang lebih canggih dari yang disangkakan Israel.

Ini dikatakan Haniyah dalam ucapan di hadapan puluhan ribu penyokongnya di sebuah majlis yang diselenggarakan oleh gerakan pejuang Islam Hamas di tengah Kota Gaza, dalam majlis tersebut Haniyah mengatakan, “Israel dan siapa saja yang mengancam rakyat Gaza, ingatlah bahawa kami tidak pernah takut dengan ancaman tersebut. Dan setiap langkah agresi atau kejahatan kepada Gaza akan dibayar mahal Israel.”

Festival tersebut diadakan Hamas dalam rangka memperingati syahidnya ke 3 pemimpin mereka seperti Sheikh Ahmed Yassin, Abdel Aziz Rantisi dan Ibrahim Makadmeh.

Haniyah menjelaskan bahawa darah Sheikh Ahmed Yassin yang dibunuh pesawat militer Israel, kini telah menyuburkan para pejuang Hamas dan rakyat Palestin untuk melawan penjajah. sumber

No comments: