Friday, March 21, 2014

PALESTIN - Israel Dicadangkan Menduduki Gaza Sepenuhnya


Ketua Staff Tentera pendudukan Israel, Benny Jants, mengungkapkan bahawa tidak ada jalan lain untuk menghentikan serangan roket ke Israel Seltan kecuali mengambil alih Jalur Gaza sepenuhnya.
Jants dalam sebuah ucapan yang disiarkan oleh media Israel menyebutkan,”tidak ada cara selain menduduki Gaza jika kita ingin mengehntikan serangan roket, hal ini menjadi masalah kita setiap minggu.”
Channel sepuluh  Israel, menyebut pernyataan Jants tersebut sebagai pengakuan bahawa Israel tidak boleh menghentikan serangan roket dari Gaza kecuali dengan menduduki Gaza . Pernyataan ini datang bersamaan dengan   latihan militer yang dilakukan oleh tentera Pendudukan dengan penerbangan pesawat di wilayah yang berdekatan dengan Jalur Gaza untuk meningkatkan tingkat kesediaan tentera
Pernyataan ini sesuai dengan seruan Avigdor Lieberman, Menteri Luar Negeri Israel, minggu lalu tentang pentingnya melakukan pendudukan terhadap Gaza, dalam menanggapi serangan puluhan roket yang didakwa telah dilakukan oleh gerakan Jihad Islam. (hr/im) sumber

No comments: