Friday, March 28, 2014

PALESTIN - Kemiskinan di Gaza Melampaui 50 Peratus

Anggota parlimen Palestin Jamal Al-Khudari, dan juga ketua komite rakyat menentang sekatan, mengatakan bahawa kemiskinan dan tingkat pengangguran di Gaza telah melampaui 50% akibat dari sekatan “Israel” yang telah memasuki tahun ke 8.
Khudari mengatakan dalam sidnag media pada Rabu (26/3/2014) bahawa lebih dari satu juta warga di Jalur Gaza bergantung pada bantuan kemanusiaan untuk bertahan hidup sementara pendapatan per kapita tidak melebihi dua dolar per hari, sebagaimana disiarkan oleh The Palestinian Information Center.
Dia menunjukkan bahawa situasi kemanusiaan di Gaza sangat memburuk dan mempengaruhi seluruh aspek kehidupan.
sumber

No comments: