Tuesday, March 25, 2014

PALESTIN - Remaja 14 Tahun Diseksa di Penjara Israel

Kementerian Urusan Tahanan Palestin mengutuk pemukulan dan  penyeksaan terhadap seorang tahanan remaja Palestin bernama Rashid Rasmi Ar Rasyaq (14 tahun) di penjara Israel ‘Hasharon’.

Menurut peguam Palestin, Rashid dipukul dan di letakan di sebuah ruangan bising yang penuh dengan mesin serta mendorongnya hingga jatuh ke tanah dan kemudian memijak belakang remaja Palestina tersebut. Selain itu askar Israel juga memukul perut Rashid agar dia mahu mengakui perbuatannya kepada pihak keamanan Israel.

Dalam keterangannya kepada Utusan peguam dari Kementerian Urusan Tahanan Palestin, Rashid mengaku bahawa “Sepanjang 30 proses siasatan saya pernah ditelanjangi dan diludahi.”

Rashid menambahkan “mereka memukul saya seperti haiwan. Pernah suatu ketika seorang petugas penjara menyuruh saya untuk membersihkan kamarnya, dan kemudian dia datang memukul saya di wajah dan diperut yang menyebabkan rasa sakit luar biasa.”sumber

No comments: