Sunday, March 30, 2014

PALESTIN - Turki Bakal Dirikan Hospital di Gaza


PALESTINIAN-ISRAEL-TURKEY-US-DIPLOMACYPemerintah Turki merancang membangun sebuah hospital di wilayah Jalur Gaza, setelah mendapatkan izin rasmi dari pemerintah Israel untuk transit bahan bangunan dan peralatan pembangunan hospital.

Menurut sejumlah pengamat Timur Tengah bahawa izin yang diberikan Israel mengindikasikan kemungkinan pemulihan hubungan antara pemerintah Tel Aviv dengan Ankara yang didukung Amerika Syarikat sejak tahun 2013 lalu.

Hubungan antara dua mantan sekutu Amerika di wilayah Timur Tengah ini memburuk pada tahun 2010 setelah pasukan Israel mengambil alih kapal bantuan Turki yang sedang dalam perjalanan ke Gaza, sejumlah warga Turki terbunuh dalam penyergapan tersebut.

Kementerian Pertahanan Israel menyatakan bahawa Menteri Pertahanan Israel Moshe Ya’alon telah menyetujui permintaan Turki untuk pengiriman bahan bangunan dan peralatan melalui pintu perlintasan Israel ke Jalur Gaza.

Nantinya hospital ini akan dikelola oleh para doktor Turki dan Palestin.

Izin transit bahan bangunan dan peralatan tidak dapat dilakukan melalui perbatasan Rafah di Mesir, ini kerana pemerintah Ankara tidak mau mengakui pemerintah interim Mesir yang kini di pegang oleh kubu tentera. (Skynewsarabia/Ram)


sumber

No comments: