Wednesday, March 19, 2014

SEMESTA - Permulaan Alam Ditemui



'Pakar astronomi temui permulaan alam' Teleskop Kutub Selatan setinggi sepuluh meter (kiri) dan Teropong Pengimejan Polarisasi Latar Belakang Kosmik Ekstragalaktik (BICEP2) di Stesen Kutub Amundsen-Scott di Kutub Selatan digunakan untuk mengesan polarisasi cahaya sejak berbilion-bilion tahun lalu. Pakar astronomi semalam mengumumkan bahawa mereka berjaya mengenal pasti proses pengembangan dan pembentukan alam semesta selepas Letusan Besar. 
 
Gambar kecil pengesan superkonduktor BICEP2. - Foto REUTERS
 
New York: Pakar astronomi Isnin lalu mengumumkan mereka menemui apa yang dianggap ramai sebagai kejayaan terbesar bidang berkenaan iaitu mengenal pasti proses pembentukan dan pengembangan alam semesta yang berlaku sejurus selepas kejadian Letusan Besar (Big Bang).

Kejadian yang diramalkan Albert Einstein hampir seabad lalu membolehkan mereka memahami bagaimana alam semesta bermula dan berkembang menjadi limpahan galaksi dan bintang, nebula dan ruang hampir kosong luas terbentang yang membentuk alam dikenali.

“Mengesan petunjuk ini adalah antara matlamat paling penting dalam kosmologi hari ini,” kata John Kovac dari Pusat Harvard-Smithsonian bagi Astrofizik, yang mengetuai penyelidikan itu, dalam satu kenyataan.


Teori utama Einstein

Ini adalah salah satu teori utama Einstein mengenai relativiti, yang diterbitkan pada 1915, sekaligus membolehkan penyelidikan era baru mengenai asal usul dan perkembangan kosmos. Teori utama menjelaskan graviti sebagai pembentukan ruang.

Einstein menyatakan ruang seperti selimut, dengan bintang yang tertanam dan planet menyebabkan alam semesta dilihat di dalam keadaan melengkung.

Lengkungan ruang angkasa tidak pegun, kata Einstein. Sebaliknya, gelombang graviti seperti air di dalam tasik atau gelombang seismik dalam kerak Bumi.

Teori lain yang meramalkan gelombang graviti digelar inflasi kosmik. Dibangunkan pada tahun 1980-an, dinyatakan dalam masa tidak sampai sekelip mata selepas Big Bang, kosmos kecil berkembang pesat, kepada 100 trilion trilion kali.

Big Bang adalah letupan ruang masa yang membentuk alam semesta 13.8 bilion tahun lalu. - AGENSI sumber

No comments: