Monday, March 24, 2014

SYRIA Marah TURKI Tembak Jatuh Pesawatnya

Damsyik: Syria menuduh Ankara melakukan pencerobohan terang-terangan selepas tentera Turki menembak jatuh sebuah pesawat perangnya di sempadan kedua-dua negara, sekali gus meningkatkan ketegangan ketika tentera kerajaan bertempur dengan pemisah di kawasan itu.

Hubungan antara kedua-dua negara musnah ketika konflik Syria apabila Ankara menyatakan sokongan kepada pemisah yang cuba menggulingkan Presiden Bashar al-Assad.

Ia adalah insiden paling serius sejak September lalu apabila pesawat perang Turki menembak jatuh helikopter Syria yang didakwa Ankara berada kira-kira dua kilometer di ruang udaranya.

Sumber tentera Syria berkata, Turki menembak jatuh pesawatnya dan ia adalah tindakan pencerobohan yang menjelaskan bahawa Turki menyokong kumpulan pemberontak.

“Pesawat itu ‘mengejar’ kumpulan pengganas di Kasab di dalam wilayah Syria,” kata sumber berkenaan merujuk kepada sempadan yang menjadi punca pertelagahan kedua-dua negara.

Tentera Syria dan pemberontak bertempur sejak Jumaat untuk menguasai pusat pemeriksaan sempadan di Kasab yang di utara Latakia, kubu kuat pemberontak.
Perdana Menteri Turki memberi amaran kepada Syria agar tidak mengambil sebarang tindakan balas. - AFPsumber

No comments: