Sunday, April 27, 2014

AFGHANISTAN - Banjir, 123 Terkorban 150 Hilang

gambar berikut
Foto Seorang lelaki menggunakan penyodok untuk mencari barang kepunyaannya yang ditenggelami banjir di Jowzjan semalam. Gambar kecil, Wanita mangsa banjir menerima bantuan perubatan.
Bencana alam terburuk dalam tempoh 30 tahun

KABUL: Sekurang-kurangnya 123 orang terbunuh, manakala 150 lagi hilang manakala 3,000 kediaman musnah akibat banjir kilat yang melanda utara dan barat Afghanistan semalam, banjir terburuk dalam tempoh 30 tahun kata pegawai.

 Beribu-ribu kediaman dinaiki air di empat wilayah selepas hujan lebat turun tanpa henti selama tiga hari ketika negara itu berdepan perubahan cuaca yang lazim diketahui sebagai tempoh paling basah pada permulaan musim bunga.


Ketua Polis Faqer Mohammad Jawzjani berkata di wilayah utara Jowzjan, 55 mayat berjaya dikeluarkan manakala jumlah korban diramal meningkat sepanjang tempoh beberapa hari akan datang. sumber

No comments: