Wednesday, April 9, 2014

AM - Cawan Dinasti Ming Berharga RM117 Juta

Cawan Dinasti Ming dilelong RM117 juta 
Cawan dari Dinasti Ming yang dibeli oleh Yiqian melalui lelongan pada harga RM117 juta.
 
Hong Kong: Cawan minuman keras era Dinasti Ming yang sukar ditemui, memecahkan rekod lelongan dunia untuk mana-mana porselin China semalam, apabila ia dijual di Hong Kong pada harga AS$36.05 juta (RM117 juta) kepada jutawan Shanghai Liu Yiqian, demikian menurut pusat lelongan Sotheby.

Cawan kecil porselin berwarna putih itu yang dihiasi dengan lukisan berwarna ayam jantan dan ayam betina yang b ersama anak-anak ayam dihasilkan semasa era Maharaja Chenghua antara 1465 dan 1487.

Harga itu jauh mengatasi rekod sebelum ini oleh porselin Dinasti Ming — yang dipegang oleh vas berwarna biru dan putih yang dijual pada harga HK$168.66 juta (RM70.4 juta) pada 2011. sumber

No comments: