Wednesday, April 2, 2014

AS Masih Cuba Petik Kemarahan CHINA



Kementerian Luar Negeri Cina mengungkapkan kemarahannya pada Selasa (1/4/2014) setelah seorang ahli akademik Muslim Uighur yang ditahan oleh pihak berkuasa Cina memenangi penghargaan hak asasi manusia di Amerika Syarikat, sebagaimana disiarkan oleh Reuters.

Ilham Tohti, seorang profesor ekonomi yang telah memperjuangkan hak-hak minoriti Muslim Uighur di Xinjiang Cina, ditahan pada bulan Januari dengan tuduhan separatisme.

Kes Tohti adalah gejala terbaru dari sikap pemerintah yang keras terhadap perbezaan pendapat di Xinjiang (Turkestan Timur), yang dilanda konflik sektarian yang mengadu domba antara Muslim Uighur dan etnik Han Cina.

The PEN American Center mengatakan pada Senin (31/3) bahawa Tohti akan mendapatkan penghargaan PEN/Barbara Goldsmith Freedom 2014, sebuah penghargaan di bidang penulisan. Anak perempuan Tohti, seorang mahasiswa di Indiana University, yang akan menerima penghargaan tersebut atas nama ayahnya di New York pada tanggal 5 Mei.

Saat ditanya tentang penghargaan yang diberikan kepada Ilham Tohti, Jurucakap Kementerian Luar Negeri China Hong Lei mengatakan bahawa Tohti dicurigai telah melakukan jenayah.

“Orang itu dicurigai melakukan jenayah. Badan keamanan Republik Cina menanganinya sesuai dengan undang-undang,” kata Hong.

“Tidak ada organisasi atau pihak manapun yang dapat mengganggu kedaulatan dan kemerdekaan mahkamah Cina.”

Kes Tohti telah menarik perhatian tingkat tinggi di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropg. Isteri Tohti telah mengatakan bahawa tuduhan terhadap suaminya itu tidak masuk akal.

“Tohti merupakan penulis generasi baru yang terancam punah yang menggunakan media web dan sosial untuk melawan penindasan dan menyebarkan ke pihak yang peduli di seluruh dunia,” kata Presiden PEN American Center Peter Godwin dalam sebuah kenyataan email.

“Kami berharap penghargaan ini akan membantu pihak berkuasa Cina untuk bangkit dari ketidakadilan yang telah dilakukan, dan membangkitkan kampanye di seluruh dunia yang menuntut kebebasan Tohti.” sumber

No comments: