Wednesday, April 2, 2014

BRITAIN Kaji Semula Ikhwanul Muslimin


ikhwan musliminPerdana Menteri Britain David Cameron meminta pemerintah untuk mengkaji kembali falsafah pemikiran Ikhwanul Muslimin dan kesannya terhadap kepentingan negara, setelah pemerintah Mesir dan sejumlah Negara Teluk mengecapnya sebagai organisasi terlarang.

Pegawai pemerintah Britain untuk wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara , Rosemary Davis , mengatakan kepada CNN Arab “Perdana Menteri Britain meminta kami untuk menyemak kembali filosofi dan kegiatan Ikhwanul Muslimin untuk melihat sejauh mana kesannya terhadap kepentingan nasional Britain, baik di dalam mahupun luar negeri.”

Rosemary menambahkan bahawa “ kerana banyaknya kepentingan Britaian di wilayah Timur Tengah, kami memerlukan pemahaman menyeluruh tentang organisasi ini dan kesannya pada keamanan nasional Britain atau kepentingan serta di kawasan Timur Tengah.”

Kajian ini nantinya akan dipimpin oleh Duta Besar Britain ke Arab Saudi serta melibatkan badan intelejen Inggeris dan sejumlah peneliti independen Inggeris, dan dirancang akan selesai pada saat musim panas ini. (Rassd/Ram) sumber

No comments: