Friday, April 4, 2014

LUBNAN Ada Sejuta Pelarian Syria

Lubnan hadapi kejutan pelarian Pemandangan kawasan penempatan pelarian Syria di bandar Arsal, Lembah Bekaa, Lubnan.
  
Beirut: Lebih sejuta rakyat Syria berdaftar sebagai pelarian di Lubnan selepas melarikan diri daripada perang di negara mereka, sekali gus menyebabkan ‘kejutan’ terhadap negara kecil Mediterranean itu, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Pelarian dari Syria, separuh daripada mereka kanak-kanak kini menyamai suku daripada penduduk Lubnan, kata agensi pelarian PBB, UNHCR dalam satu kenyataan dengan memberi amaran kebanyakan mereka hidup dalam kemiskinan dan bergantung kepada bantuan.
 
 UNHCR melabelkan angka satu juta itu, sebagai ‘satu keadaan teruk yang semakin buruk berikutan kurangnya sumber dan komuniti tuan rumah dalam menghulurkan sumbangan.


Lubnan kini menjadi negara dengan kadar kepadatan pelarian per kapita yang tinggi di dunia dan bergelut untuk terus bersaing, kata satu agensi itu dalam satu kenyataan.

Krisis pelarian yang besar itu ditambah lagi dengan limpahan merentasi sempadan keganasan yang melanda Syria sejak tiga tahun di mana Lubnan sering kali berpengalaman dalam pengeboman dan pertempuran malah berhadapan dengan kebuntuan politik dan kejatuhan ekonomi.

Ketua UNHCR, Antonio Guterres menggesa tindakan antarabangsa dipertingkatkan sambil memberi amaran kesan krisis pelarian terhadap Lubnan adalah semakin ‘mengejutkan’ dan ‘besar’.

“Lubnan menjadi tumpuan pelarian paling besar dalam sejarah. Kita tidak boleh biarkan negara ini menanggung beban bersendirian,” kata Guterres dalam kenyataan terbabit.
“Lubnan berhadapan dengan kejutan ekonomi serius berikutan konflik di Syria, manakala keselamatan terjejas berikutan meningkatnya ketidakstabilan serantau,” katanya. - AFP sumber

No comments: