Wednesday, April 30, 2014

MESIR - 50 Mumia Baru Ditemui

Pengkaji temui 50 mumia Gambar dikeluarkan oleh Majlis Agung Antikuiti Mesir semalam, menunjukkan sebuah kawasan perkuburan ditemui di Lembah Raja-Raja di Luxor.
Kaherah: Sekurang-kurangnya 50 mumia ditemui di ‘Lembah Raja-Raja’ di Mesir baru-baru ini bersama pelbagai objek lain termasuk keranda kayu, topeng orang mati dan balang kanopi.

Ahli kaji purba berjaya membaca nama dan tulisan pada sebahagian besar objek itu untuk menentukan siapa pemiliknya dan siapa mumia itu. Mumia terbabit merangkumi pelbagai peringkat umur termasuk bayi baru lahir.
 
 Nekropolis besar itu mengandungi mumia yang mungkin daripada kalangan keluarga diraja, khususnya anak lelaki raja Tutmoses III dan Tutmoses IV daripada dinasti ke-18 yang mentadbir dari tahun 1550 hingga 1292 sebelum masihi, kata kementerian kepurbaan.


Lembah Raja-Raja yang juga lokasi makam Raja Tut ditemui adalah pusat pelancongan popular.

Ahli kaji purba menemui beberapa mumia di kawasan itu dan berusaha lagi mencari yang baharu. Mereka percaya sebahagian besar daripada mumia ditemui baru-baru ini, tidak diketahui kewujudannya oleh pengkaji.

Sepasukan pengkaji dari Universiti Basel, Switzerland membuat penemuan berkenaan ketika bekerja dengan kerajaan Mesir. Kajian akan dilakukan terhadap mumia itu dan mungkin akan dipamerkan pada masa depan.

“Sebahagian daripada mumia dan barang purba yang ditemui itu mungkin boleh dijual kepada muzium di negara lain atau ditukar ganti dengan artifak lain,” kata seorang daripada pengkaji berkenaan.
Ahli kaji purba dapat memastikan bahawa makam itu sebelum ini pernah diceroboh tetapi terkejut apabila mendapati banyak objek dan artifaks masih ada. AGENSI sumber

No comments: