Wednesday, April 16, 2014

MESIR Larang Calon Ikhwan Bertanding Presiden

Pihak berkuasa Mesir telah melarang orang-orang daripada Ikhwanul Muslimin bertanding dalam pilihanraya presiden akan datang. Hal ini kerana Ikhwanul Muslimin sudah dicop sebagai pengganas dan diharamkan.

Field Marshal Abdul Fattah As-Sisi, mantan Menteri Pertahanan Mesir yang menjadi dalang utama dalam rampasan kuasa oleh tentera tempoh hari disebut-sebut sebagai calon pemenang dalam pemilihan presiden tersebut.

Dikatakan cabaran utama As-Sisi dalam pemilihan presiden dijangka datang daripada syap kiri liberalis Hamdeen Sabahi meskipun dia belum mengemukakan pencalonannya. sumber

No comments: