Wednesday, April 9, 2014

PAKISTAN - Letupan Kereta Api, 13 Maut 40 Cedera



13 maut letupan bom kereta api di Pakistan  
Anggota keselamatan dan penduduk tempatan melihat keadaan kereta api yang musnah dalam letupan bom di stesen kereta api Sibi di Quetta di barat laut Pakistan semalam.
 
Sibi: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh manakala 40 lagi cedera apabila sebutir bom meletup di dalam kereta api di Baluchistan, wilayah barat laut Pakistan semalam, kata pegawai.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab setakat ini, namun seorang menteri kanan Pakistan, berkata ia mungkin mempunyai kaitan dengan operasi besar-besaran menggempur pemisah yang bermula semalam.

Letupan berlaku selepas sebuah kereta api yang penuh sesak berhenti di stesen kereta api Sibi kira-kira 160 kilometer ke selatan Quetta untuk menurunkan penumpang.

Pegawai kanan polis tempatan, Mohammad Nazar berkata, dua gerabak terbakar serta merta sejurus letupan dan dipenuhi asap, manakala penumpang, sebahagiannya terbakar, menjerit dan bersesak-sesak untuk menyelamatkan diri. sumber

No comments: