Wednesday, April 30, 2014

PALESTIN - 30 Kota di Eropah Bantah Sekatan Israel

30 kota di 12 negara Eropah pada Sabtu malam lalu melakukan aksi solidariti untuk Gaza dan pernyataan sikap penolakan terhadap sekatan yang telah dilakukan selama lapan tahun di jalur Gaza.

Aksi ini tergabung dalam sebuah acara yang bertema “ Hari Eropah memecahkan sekatan Gaza”, dan di antara negara yang mengambil bahagian adalah Jerman, Perancis, Itali dan Denmark.

Romi Abdo, ketua salah satu organisasi Hak Asasi Manusia untuk Gaza, mengatakan kepada pejabat berita Anatolia,” jalan-jalan di Eropah malam ini beralih kepada apa yang disebut dengan “pemberontakan oleh martabat manusia” dalam rangka menolak sekatan yang dzalim terhadap Jalur Gaza. sumber

No comments: