Thursday, April 24, 2014

PALESTIN - Kerajaan Perpaduan Bakal Dibentuk



Palestin bentuk kerajaan perpaduan  
Rakyat Palestin sambil membawa potret presiden Mahmoud Abbas mengadakan perhimpunan menyokong usaha menyatukan pergerakan Hamas dan PLO di Bandar Gaza, semalam.
 
Bandaraya Gaza: Pemimpin Palestin yang bertelagah dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza memutuskan untuk membentuk kerajaan perpaduan kebangsaan dalam masa “lima minggu lagi”, menurut pegawai semalam.

Persetujuan antara ahli Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Hamas dicapai hasil rundingan di Bandaraya Gaza sejak petang kelmarin, menurut ahli PLO yang mahu identitinya dirahsiakan, kepada AFP.
 
 “Terdapat juga kemajuan untuk mengadakan pilihan raya akan datang selain membabitkan penstrukturan semula PLO,” kata pegawai Palestin itu tanpa memberikan butir lanjut. Rundingan dilakukan secara rahsia dan berlangsung sehingga lewat semalam.


Ia bukan kali pertama kerajaan penyatuan diumumkan kedua-dua pihak dan beberapa percubaan sama sebelum ini gagal.

Fatah, komponen utama PLO, dan Hamas menandatangani perjanjian rundingan di Kaherah pada 2011 yang disasarkan untuk menamatkan perpecahan politik antara Gaza dan Tebing Barat yang dikawal pihak berkuasa Palestin.

Tetapi tarikh akhirnya sudah tiba dan perjanjian berlangsung tanpa kemajuan dalam melaksanakan perjanjian berkenaan.

Pegawai kanan Fatah pimpinan Mahmus Abbas, Azzam al-Ahmad mengetuai pasukan itu dan disambut perdana menteri Hamas, Ismail Haniya dan timbalannya, Abu Marzuq.

Haniya kelmarin menyeru penyatuan menerusi rundingan Palestin “bagi membentuk satu kerajaan, satu sistem politik dan satu program politik”. Ahmad berkata, “Saya gembira perpecahan sudah berakhir.” - AFP sumber

No comments: