Wednesday, April 2, 2014

PALESTIN - Penduduk Sambut Kemenangan Erdogan di TURKI


PALESTINIAN-TURKEY-VOTE-GAZARatusan warga Palestin mengadakan pesta rakyat merayakan kemenangan Parti Keadilan dan Pembangunan di kem pelarian Jabaliya di Jalur Gaza utara hari Isnin (31/03) waktu tempatan .

Dalam perarakan tersebut warga Gaza membawa bendera Hamas dan gambar perdana menteri Turki Recep Tayyip Erdogan. Selain itu mereka juga meneriakkan sloga “Jerusalem menunggu seorang laki-laki” dan “Terima kasih Turki.”

Dewan Legislatif Hamas, Mushir al – Masri mengatakan “Kemenangan di Turki merupakan kemenangan rakyat Palestin memperjuangkan Al Quds, kerana Turki pendukung utama warga Gaza.”

Selain itu Hamas juga mengucapkan selamat kepada semua lapisan masyarakat di kota Turki, dan berharap bahawa Turki akan memberikan kontribusi lebih dalam mendukung perjuangan rakyat Palestin.

Dalam pilihan raya tempatan yang diadakan pada hari Ahad 30 Mac 2014 AKP mendapat 45.5 peratus suara di seluruh negara, sedangkan Parti Republik Partai Rakyat yang menjadi pembangkang utama parti Erdogan berhasil mendapat 27.9 peratus. (Skynewsarabia/Ram) sumber

No comments: