Thursday, April 3, 2014

SAUDI - 4 Puteri Hidup Menderita


4 puteri saudiSebuah video yang berisi pesan penderitaan 4 puteri kerajaan Saudi (dari Raja Saudi Abdullah Abdulaziz Al Saud) menghebohkan dunia maya. Dalam rakaman video melalui Skype tersebut, ke 4 puteri raja ini menceritakan kisah mereka selama 10 tahun terakhir kepada saluran televisyen 4 NEWS Britain.

Dalam video yang disiarkan oleh 4 NEWS Britain ini, salah seorang puteri kerajaan Saudi merakam tembok pembatas rumah mereka dan menceritakan bahwa mereka jarang diberi makan dan minum, serta selama satu tahun terakhir mereka dilarang bertemu satu dengan yang lainnya.

Bahkan salah seorang puteri kerajaan Arab Saudi mengaku bahawa Raja Abdullah bertanggung jawab atas keadaan mereka.

Mantan isteri Raja Arab Saudi Abdullah bin Abdul  Aziz yang kini tinggal di London, Puteri An Noud, pada hari Jumaat (28/03) minggu lalu telah meminta Presiden AS Barack Obama campur tangan untuk membebaskan keempat puterinya yang ditahan selama hampir sepuluh tahun.

Puteri An Noud menceritakan bahawa ke 4 anaknya yang bernama Sahr, Maha, Hala, dan Jawahir berada dalam keadaan membimbangkan, dia menyebut bahawa pihak kerajaan hanya memberi mereka makan satu kali dalam sehari dan melarang mereka bertemu dengan sesiapapun.

Perlu diketahui bahawa dalam pertemuan Dewan HAM PBB, Arab Saudi banyak mendapat kritikan dan masukan mengenai perjalanan HAM di negara kaya minyak tersebut. (Rassd/Ram) sumber

Berikut link video tersebut:
http://www.youtube.com/watch?v=neGFn_2_s_o

No comments: