Tuesday, April 1, 2014

TURKI - Erdogan Raikan Kemenangan dengan Simbol 4 Jari Rabiah



Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan melambaikan simbol 4 jari (Rabiah) sebagai bentuk sokongan kepada rakyat Mesir, dalam majlis pesta kemenangan Partai Keadilan dan Pembangunan (AKP) pada pilihan raya lokal yang diadakan hari Ahad (30/03) lalu.

Dalam ucapannyanya Erdogan mengatakan “Rakyat telah menguburkan tangan-tangan yang mencuba memecahkan persatuan Turki,” seperti disiarkan pejabat berita Anatolia, Turki.

Dalam pelbagai media Turki yang terbit pada hari Ahad (31/03) lalu, Parti Keadilan dan Pembangunan d umumkan sebagai pemenang awal dalam pilihan raya lokal Turki.

Seperti yang disiarkan pejabat berita  NTV dan CNN Turki, hasil akhir menunjukan bahawa AKP berhasil meraih suara 45.6% dari 100% jumlah penghitungan suara keseluruhan.

Sedangkan sebanyak 28,5 % suara berhasil diraih oleh Partai Republik Rakyat yang merupakan saingan terdekat Partai Keadilan dan Pembangunan, dan ditempat ketiga diraih oleh Gerakan Rakyat sebanyak 15.8%. (Aljazeera/Ram)

sumber

No comments: