Wednesday, May 14, 2014

120 Ahli Parlimen Eropah Gesa Cabut Sekatan PALESTIN


gaza blokade
Seramai 120 orang anggota parlimen dan ahli politik Eropah menandatangani petisyen menuntut diakhirinya sekatan di Jalur Gaza dan meminta Israel untuk menghormati undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia warga Palestin.

Menurut anggota kempen Eropah untuk pembebasan sekatan Gaza, Rami Abduh, mengatakan “anggota parlimen Eropah yang ikut menandatangani petisyen ini menyerukan masyarakat antarabangsa untuk mengakhiri pengepungan di Jalur Gaza yang telah berlangsung 7 tahun lamanya,” seperti disiarkan pejabat berita Anatolia Turki.

Rami Abduh menjelaskan bahawa petisyen tersebut akan diserahkan kepada Komisi Kesatuan Eropah, para Menteri Luar Negeri Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung PBB , dan organisasi hak asasi manusia antarabangsa.

Krisis di Jalur Gaza telah meningkat dalam beberapa bulan terakhir akibat penutupan terowongan bawah tanah dan penutupan regular pintu perlintasan Rafah dan pintu perlintasan Israel.

Petisyen juga mendesak pemerintah Mesir untuk memudahkan perjalanan warga Jalur Gaza melalui perbatasan Rafah, dan memastikan masuknya bahan asai makanan, bangunan dan kesehatan ke Jalur Gaza.

Sebanyak 120 anggota parlimen dan ahli politik dari 14 negara, termasuk Britaian, Sepanyol, Belgium, Perancis dan Ireland telah menandatangani petisyen yang berisi data penderitaan penduduk Jalur Gaza dan efek ekonomi akibat pengepungan tujuh tahun oleh Israel.

Sebelumnya Gerakan Kempen Pembebasan Gaza yang berpusat di ibukota Belgium, Brussels, telah mengadakan pertemuan di ibukota London, Britaian, pada hari Sabtu (10/05)untuk membahas mekanisme memecahkan pengepungan di Jalur Gaza. Hasil pertemuan tersebut akan di umumkan pada sidang media yang akan diadakan pada hari Isnin (12/05) ini.

Tercatat sekitar 39% dari 1.8 juta penduduk Gaza menganggur akibat sekatan yang dilakukan pemerintah Israel, menurut data Kementerian Ekonomi Palestin tahun 2013 lalu. (Rassd/Ram) sumber

No comments: