Saturday, May 3, 2014

18 maut termasuk 11 kanak-kanak di SYRIA

HAMA, Syria 2 Mei - Seramai 18 orang maut termasuk 11 kanak-kanak dalam dua letupan bom yang melibatkan dua buah kenderaan di tengah-tengah bandar Syria semalam.
Agensi berita tempatan SANA berkata, letupan bom itu berlaku di bandar Jibrin dan Al-Humeiri dan menyalahkan serangan itu dilakukan oleh pengganas.
Pengarah Pusat Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman yang berpangkalan di Syria berkata, kedua-dua bandar-bandar yang disasarkan diduduki penduduk majoriti berfahaman Alawi, yang turut di anuti Presiden Bashar al-Assad. - Agens


Sumber

No comments: