Friday, May 9, 2014

Hudud, BRUNEI Ditekan Supaya Jual Hotel

Hudud: Desakan jual hotel Hotel Beverly Hills di Los Angeles cetus kontroversi gara-gara hukum hudud Brunei. - Foto AFP
 
Penguasa Beverly Hills bantah pelaksanaan undang-undang

Los Angeles: Beverly Hills mendesak Sultan Brunei menjual sebuah hotel di bandar yang dipenuhi selebriti di Amerika Syarikat itu selepas negara berkenaan memperkenalkan undang-undang syariah, kata pegawai semalam.


Ketua rangkaian Dorchester Collection, Christopher Cowdray bagaimanapun berkata ia adalah satu kesilapan dan hanya akan menjejaskan kakitangan hotel.

“Tindakan yang mahu diambil perlu dipertimbangkan secara serius kerana ia akan menjejaskan kehidupan semua orang ini,” katanya kepada pihak berkuasa Beverly Hill pada satu mesyuarat majlis malam kelmarin.

Sultan Hassanal Bolkiah minggu lalu mengumumkan beliau akan tetap meneruskan pelaksanaan undang-undang syariah walaupun mendapat kritikan dari dalam dan luar negara.

Undang-undang hudud
Fasa awal secara rasmi berkuat kuasa kelmarin dengan fasa kedua termasuk hukuman lebih tegas iaitu pelaksanaan hudud yang akan memotong tangan pencuri dan perompak akan bermula akhir tahun ini.

Akhir tahun depan, hukuman rejam atas kesalahan liwat dan berzina akan diperkenalkan.

Sultan Brunei memiliki Hotel Beverly Hills dan juga Hotel Bel-Air di Los Angeles melalui syarikatnya Dorchester Collection, yang juga mempunyai cawangan di London, Paris, Milan dan Rome.
AFP  sumber
 

No comments: