Saturday, May 3, 2014

INDIA: 11 penduduk Islam di Assam terbunuh

GUWAHATI, India 2 Mei - Sebanyak 11 orang penduduk Islam termasuk dua wanita dibunuh dalam dua serangan berasingan dipercayai berpunca daripada permusuhan puak di negeri Assam, ketika ketegangan semakin memuncak ketika musim pilihan raya di negara ini.
Seorang pegawai kanan polis di bandar Guwahati, hari ini berkata, pihaknya mengesyaki puak Bodo terlibat melakukan serangan pada tengah malam itu.
Beliau bekata, kumpulan penyerang menembak mati tiga orang dari sebuah keluarga termasuk dua orang wanita dan mencederakan seorang bayi di sebuah rumah dalam kejadian pertama, manakala dalam kejadian kedua menyaksikan lapan orang ditembak mati.
Puak Bodo sering bertempur dengan penduduk Islam di kawasan berkenaan yang dituduh menceroboh kawasan milik nenek moyang mereka berdekatan Bhutan. - REUTERS


Sumber

No comments: