Tuesday, May 27, 2014

INDONESIA - Menteri Agama Letak Jawatan


Jakarta: Menteri Hal Ehwal Agama, Suryadharma Ali, meletak jawatan semalam selepas namanya tersenarai sebagai suspek kes rasuah membabitkan dana yang diperuntukkan untuk mengendalikan program haji.

Setiausaha negara, Sudi Silalahi memberitahu wartawan semalam, Suryadharma sudah memberitahu Presiden bahawa dia akan meletak jawatan.
 
 “Presiden meminta Suryadharma menghantar surat rasmi meletak jawatan dalam masa dua hari untuk dipertimbangkan,” kata Silalahi.


Kekal ketua PPP

Suryadharma bagaimanapun kekal sebagai ketua Parti Persatuan Pembangunan (PPP) yang memberi sokongan padu terhadap Prabowo Subianto sebagai calon presiden, dalam pilihan raya 9 Julai depan.

Khamis lalu, Suruhanjaya Pencegah Rasuah (KPK) mengenakan sekatan perjalanan enam bulan terhadap Suryadharma sementara siasatan dijalankan atas dakwaan pembabitan beliau menggelapkan dana dikhususkan bagi program pengurusan haji.

Suryadharma kekal memimpin PPP selepas mesyuarat dalaman parti Ahad lalu bersetuju terus memberi sokongan moral kepada pengerusi parti itu dan tidak menyingkirkannya.

Setiausaha Agung PPP, Romahurmuziy berkata semua anggota PPP yang menghadiri mesyuarat menerima penjelasan Suryadharma berhubung kes mahkamah yang dikaitkan dengannya.

Semua anggota eksekutif PPP Berasa keputusan meletak jawatan sebagai menteri perlu ditentukan Suryadharma sendiri. REUTERS sumber

No comments: