Wednesday, May 28, 2014

LIBYA - Militia Rampas Senjata yang Dibekalkan AS

WASHINGTON: Pejuang militia merampas beratus senjata automatik yang dibekalkan Amerika Syarikat (AS) dalam serbuan ke atas sebuah pangkalan Libya di mana Washington melatih askar tempatan, sekali gus menghentikan program rahsia itu.

Pasukan elit AS diberi tanggungjawab sejak tahun lalu untuk mewujudkan unit menentang pengganas di Libya, Mauritania, Niger dan Mali, sebagai sebahagian daripada usaha AS memperluaskan peperangan terhadap sekutu Al-Qaeda di Afrika, menurut The New York Times.

 Menurut the Times, ia dibiayai sebahagiannya dengan jutaan dolar daripada perbelanjaan rahsia Pentagon dan membabitkan arahan dan melengkapkan komando di empat negara dengan harapan mereka akan akhirnya memerangi militia seperti Boko Haram.

Tetapi inisiatif itu mengalami beberapa masalah, khususnya di Libya apabila latihan berkenaan dihentikan Ogos tahun lalu apabila sekumpulan militia menawan askar Libya di sebuah kem latihan di luar Tripoli.

Selain senjata automatik, mereka juga merampas alat penglihatan waktu malam dan kenderaan, menyebabkan jurulatih tentera AS dihantar pulang.

Pegawai AS kini mencari kawasan yang lebih selamat untuk menyambung semula program itu. - AFP sumber

No comments: