Tuesday, May 27, 2014

Mahkamah TURKI Arah Tangkap 4 Ketua Tentera Israel

ANKARA: Mahkamah di Turki memerintahkan empat bekas ketua tentera Israel ditangkap berikutan serangan ke atas kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 2010.

Mahkamah di Istanbul akan meminta Interpol mengeluarkan waran tangkap antarabangsa bagi keempat-empat lelaki berkenaan yang terbabit dalam serangan ke atas kapal itu.

 Keempat-empat pegawai Israel itu terdiri daripada bekas ketua turus angkatan tentera, Gaby Ashkenazi, bekas ketua tentera laut, Eliezer Marom, bekas ketua perisikan tentera, Amos Yadlin dan bekas ketua perisikan tentera udara, Avishai Levy.

Sembilan aktivis Turki maut ketika kapal Mavi Marmara itu diserang. Kapal berkenaan adalah yang terbesar dalam flotila yang dihantar oleh Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) bagi memecah sekatan Israel di Semenanjung Gaza pada 31 Mei, 2010. - AFP. sumber

No comments: