Tuesday, May 20, 2014

MESIR: 170 lagi penyokong Mursi dipenjara

KAHERAH 19 Mei - Sebanyak 170 penyokong bekas Presiden, Mohammed Mursi hari ini dihukum penjara sehingga 10 tahun kerana terlibatdalam satu protes tahun lalu.
Menurut kenyataan Pejabat Pendakwa Raya Mesir, mahkamah Kafr el-Sheikh mendapati, 127 orang bersalah kerana menyerbu dan membakar sebuah gereja, sebuah balai polis dan sebuah stadium bagi membalas dendam ekoran pembunuhan beratus-ratus anggota pergerakan Islam tersebut apabila pasukan keselamatan menggempur dua kem demonstrasi oleh penyokong Mursi di Kaherah pada Ogos lalu.
“Mereka masing-masing dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, manakala lima orang bawah umur iaitu berumur 17 tahun, masing-masing menerima hukuman penjara setahun, namun hukuman tersebut ditangguhkan,’’ kata kenyataan itu.
Mahkamah di Kaherah pula mengenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun terhadap 37 orang setiap seorang atas dakwaan cuba meletupkan sebuah stesen kereta api bawah tanah di sini pada tahun lepas.
Mahkamah turut mengenakan denda 20,000 pound Mesir (RM8,960) ke atas setiap defendan. - AGENSI

No comments: