Friday, May 23, 2014

MESIR Mustahil Ditadbir Tanpa Ikhwanul Muslimin


parlemen inggrisSalah seorang anggota parlimen Britain George Galloway menekankan bahawa merupakan kesalahan jika mengecualikan Ikhwanul Muslimin dari politik Mesir meskipun mereka bersalah.

Dalam sebuah wawancara dengan akhbar Austria “Der Standard”, Galloway mengatakan,”Tidak mungkin pemerintah Mesir berjalan tanpa Ikhwanul Muslimin, dan pada saat yang sama mustahil Ikhwan memerintah secarabersendiri."

Dia menunjukkan bahawa solusi untuk Mesir adalah dialog nasional, yang dihadiri oleh seluruh spectrum politik yang ada termasuk Ikhwanul Muslimin, dalam konteks sistem demokrasi yang komprehensif. Dan dia juga menyatakan bahawa penggulingan Presiden Muhammad Mursi merupakan kesalahan besar yang dilakukan oleh Mesir. (hr/im) sumber