Friday, May 2, 2014

NIGERIA - Bom Kereta, 16 Maut

ABUJA: Sekurang-kurangnya 16 maut dalam satu serangan bom kereta di pinggir ibu negara Nigeria, kelmarin, hanya beberapa minggu selepas serangan berdarah di tempat sama.

Setakat ini tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan terbaharu itu tetapi ia disyaki kumpulan ekstrimis Islam Boko Haram.

Letupan bom berlaku di terminal bas Nyanya yan sesak hanya beberapa kilometer dari Abuja kira-kira jam 8 malam waktu tempatan.

Jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA), Manzo Ezekiel, berkata kerja menyelamat agak sukar disebabkan terminal itu tidak mempunyai lampu yang terang.

Pada 14 April lalu, serangan bom juga mensasarkan terminal bas Nyanya yang mengorbankan 75 orang. - AFP sumber

No comments: