Friday, May 9, 2014

SAUDI Selamat Walau Wabak MERS Merebak

Riyadh: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin berkata tiada larangan kunjungan ke Arab Saudi disebabkan peningkatan kes Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) di negara itu.

“WHO tidak mencadangkan permohonan sebarang had kunjungan atau perdagangan ke Arab Saudi, termasuk ibadat Haji,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Fakeih melancarkan kempen kesedaran di seluruh negara mengenai penyakit itu di Jeddah dengan kerjasama WHO.

Dua kematian di Jeddah dan Madinah membabitkan lelaki berusia 68 tahun dan wanita berumur 60 tahun.

Keseluruhan 431 orang dijangkiti MERS-CoV, dengan 117 kematian, sejak September 2012.
7 wanita dijangkiti

Daripada 1o kes yang didiagnos kelmarin, tujuh adalah wanita. Empat daripada pesakit dimasukkan ke hospital di Riyadh, dua di Jeddah, satu di Taif, satu di Makkah dan dua di Madinah.

“Kerajaan melakukan apa yang terdaya untuk mengelak penularan virus MERS dan itu sebabnya kita perlukan penduduk melaksanakan langkah berjaga-jaga untuk membantu mengekang penyakit ini.

“Kempen berdasarkan nasihat pakar perubatan daripada pertubuhan profesional penjagaan kesihatan, dan kita berterima kasih kepada mereka kerana sumbangan penting melaksanakan garis panduan ini,” kata Fakeih.

Beliau berkata, kempen kesedaran awam bertujuan memperkasakan penduduk dengan maklumat terkini yang penting.

Kempen berkenaan, dijalankan beberapa minggu lalu menerusi pelbagai landasan, seperti video dan infografik di laman web www.moh.gov.sa, akan menggalakkan penduduk mengekalkan kebersihan menerusi kekerapan mencuci tangan dan mengelak menyentuh mata, hidung dan mulut. - AGENSI sumber

No comments: