Friday, May 2, 2014

XINJIANG - 3 Maut, 79 Cedera



China tingkat keselamatan  
Anggota pasukan paramilitari China mengangkat tangan ketika membuat rondaan di luar Stesen Kereta Api Selatan, lokasi tiga orang terbunuh manakala 79 lagi cedera dalam serangan bom di Urumqi, Xinjiang semalam.
 
Urumqi, China: Presiden Xi Jinping mengarahkan tindakan segera dan tepat terhadap keganasan selepas serangan bom dan pembunuhan di stesen kereta api Xinjiang yang membunuh tiga orang dan mencederakan 79 orang, ketika dia mengadakan lawatan ke wilayah barat.

Semalam, akhbar rasmi People’s Daily melaporkan dua yang terbunuh itu adalah penyerang yang memasang bom di badan mereka. Laporan itu bagaimanapun belum disahkan. Laporan rasmi menyatakan sekumpulan sembilan orang bersenjatakan pisau menyerang penumpang dan meletupkan bom berhampiran pintu keluar stesen Selatan di Urumqi, kelmarin.
 
 Lawatan empat hari

Serangan berlaku ketika lawatan empat hari Xi yang bertemu pegawai tempatan dan polis untuk memberi penekanan mengenai usaha keselamatan yang dilakukan oleh kerajaan di wilayah itu, yang menyaksikan peningkatan keganasan yang didakwa dilakukan pihak radikal dan pemisah. sumber

No comments: