Monday, June 30, 2014

Abu Bakr Al-Baghdadi Diisytihar sbg Khalifah Umat Islam

BEIRUT: Anggota pergerakan jihad di Syria dan Iraq mengisytiharkn penubuhan sebuah kerajaan khalifah’ mirip kepada sistem pemerintahan yang sudah pupus hampir 100 tahun lalu dengan kejatuhan kerajaan Uthmaniah.

Dalam rakan audio yang disebarkan melalui online, pergerakan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), yang kini melancarkan ancaman di Iraq dan Syria, juga mengisytiharkan ketuanya, Abu Bakr al-Baghdadi sebagai ‘Khalifah’, iaitu pemimpin bagi orang Islam di semua tempat.

“Majlis Syura Negara Islam mengadakan perjumpaan dan berbincang isu ini (kerajaan Khalifah)...Pergerakan ini memutuskan untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam dan melantik seorang khalifah bagi negara Islam,” kata jurucakap ISIL, Abu Mohammad al-Adnani.

“Ulama jihad, Baghdadi diisytiharkan sebagai Khlafiah orang Islam,” kata Adnani.

Baghdadi “menerimanya dan menjadi pemimpin orang Islam di semua tempat.”

“Sekaligus dengan pengumuman itu, ungkapan ‘Iraq’ dan ‘Levant’ dikeluarkan daripada nama Negara Islam berkenaan dalam dokumen dan kertas rasmi,” kata Adnani.

Beliau menyifatkan kerajaan Islam itu sebagai “impian dalam hati semua orang Islam” dan “harapan untuk semua anggota jihad”.
Sistem pemerintahan khalifah itu dimansuhkan berikutan keruntuhan Empayar Uthmaniah pada 1924. - AFP



sumber

No comments: