Monday, June 9, 2014

AFGHANISTAN - Banjir, 81 Maut

80 maut bah di Afghanistan Polis dan penduduk Afghanistan membawa mayat mangsa banjir kilat di wilayah Baghlan, kelmarin.
 
Lebih 80 mayat ditemui dua hari selepas banjir kilat teruk di kawasan pergunungan dan terpencil di utara Afghanistan, kata pegawai perbandaran semalam, ketika polis dan penduduk kampung berusaha mencari mangsa yang hilang manakala helikopter tentera menyampaikan bekalan kepada ribuan yang kehilangan tempat tinggal.

Ketua Polis di daerah Guzirga i-Nur di wilayah Baghlan, Leftenan Fazel Rahman, berkata angka kematian akibat banjir kilat Jumaat lalu bertambah kepada 81 daripada 54 orang.
Katanya, 850 rumah di beberapa kampung musnah sama sekali dan lebih 1,000 lagi rosak akibat hujan lebat dan banjir, menyebabkan ribuan penduduk memerlukan perlindungan, makanan, air dan ubat-ubatan.   
Helikopter tentera  Jurucakap Kementerian Pertahanan, Jeneral Mohammad Zahir Azimi, berkata helikopter tentera membantu usaha menyelamat di daerah terpencil yang terletak 140 kilometer ke utara ibu negeri wilayah itu, Puli Khumri, tetapi memakan masa lapan hingga sembilan jam melalui jalan darat kerana keadaan bentuk muka bumi. sumber

No comments: