VIENNA: Austria memberi amaran kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan supaya ‘menjaga mulutnya’ dan tidak menyatakan sesuatu yang boleh ‘memecahbelahkan’ rakyat di negara berkenaan apabila melakukan lawatan minggu depan.

Sebelum ini dalam lawatannya ke Jerman, Erdogan dilaporkan membuat kenyataan yang menyinggung pemimpin pembangkang Jerman daripada keturunan Turki dan lantang bersuara menentang asimilasi dalam ucapannya di Cologne.