Monday, June 30, 2014

FILIPINA Berjaga-jaga

gambar berikut
Foto Pegawai polis Filipina mengiringi Mundos (kanan) ketika dibawa keluar daripada mahkamah di kem polis di Taguig, selatan Manila, Jumaat lalu.
Maklumat risikan dapati kumpulan militan rancang letup bom kereta

MANILA: Pasukan keselamatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di selatan Filipina semalam, kata polis selepas perisik tentera melaporkan kelibat militan Islam di wilayah berkenaan selepas penahanan pemimpin tertinggi kumpulan itu yang dikaitkan dengan al-Qaeda.

Minggu lalu, sepasukan tentera dan pegawai polis menahan, Khair Mundos, pakar membuat bom dan pemimpin Abu Sayyaf, yang menjadi terkenal awal dekad lalu dengan menculik warga asing. Mundos dikehendaki Amerika Syarikat, yang menawarkan ganjaran AS$500,000 (RM1.6 juta) bagi penangkapannya.

“Maklumat kukuh diterima, mendedahkan kemungkinan ancaman kepada keamanan dan keselamatan Wilayah 11, terutama di Bandaraya Davao. sumber

No comments: