Monday, June 23, 2014

IRAQ - 3 Bandar Strategik Jatuh

Baghdad: Pemberontak Sunnah diketuai kumpulan pecahan al- Qaeda meluaskan serangan mereka di wilayah barat Iraq, menawan tiga bandar strategik serta sempadan penyeberangan dengan Syria dalam bahagian sempadan Iraq, sekali gus memberi tamparan hebat terhadap Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki.

Kemaraan mereka Jumaat dan kelmarin itu terus menjadi tekanan buat al-Maliki, yang bergelut dengan kehidupan politiknya ketika militan yang di luar kawalannya menolak negara itu ke arah satu lagi persengketaan fahaman.

Sebagai bukti perpecahan ketara, ribuan militia Syiah yang bersenjata berat, nekad menumpaskan pemberontak Sunnah, berarak di seluruh bandar raya di negara itu dalam perarakan gaya tentera kelmarin di atas jalan raya tempat kebanyakan mereka bertempur dengan tentera Amerika Syarikat setengah dekad lalu.

Wilayah pertama ditawan Bandar Qaim, Rawah dan Anah adalah wilayah pertama ditawan di wilayah Anbar yang dikuasai Sunnah, di barat Baghdad, sejak militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) menawan Fallujah dan beberapa bahagian ibu negeri wilayah itu, Ramadi, awal tahun ini.

Penawanan Rawah di pinggir Sungai Furat, serta Anah menjadi sebahagian daripada laluan kemaraan ke arah empangan utama di Haditha, yang kemusnahannya akan merosakkan grid elektrik negara itu dan menyebabkan banjir besar.

Pegawai tentera Iraq berkata, lebih 2,000 anggota segera dikerah ke kawasan empangan untuk melindunginya. sumber

No comments: