Monday, June 23, 2014

IRAQ - 6 Maut dalam Letupan

RAMADI (Iraq): Enam orang terkorban dalam serangan bunuh diri dan letupan bom kereta semalam ketika orang ramai memberi penghormatan ke atas pegawai polis yang maut dalam pertempuran dua hari lalu.

Pengebom bunuh diri itu meletupkan bahan letupan di dalam sebuah bangunan di bandar ini, yang terletak di barat Baghdad, di mana orang ramai berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada keluarga Kolonel Majid al-Fahdawi.
Sejurus kemudian, satu letupan kereta berlaku tidak jauh dari situ. Kedua-dua serangan mengorbankan enam orang dan mencederakan lapan orang.

Pasukan keselamatan Iraq kini sedang berusaha untuk mematahkan ancaman daripada pihak militan yang sedang mara ke wilayah Anbar, di mana Ramadi adalah ibu negerinya. - AFP sumber

No comments: