Monday, June 9, 2014

IRAQ - Bom di Baghdad, 60 Maut

Bom gegar Baghdad Keadaan kawasan dan kereta selepas letupan bom kereta di Baghdad, semalam.
 
Ramadi, Baghdad: Beberapa siri letupan bom kereta berlaku di Baghdad kelmarin mengorbankan lebih 60 orang, dan kumpulan bersenjata menceroboh masuk sebuah kampus universiti di barat Iraq.

Keseluruhannya, berpuluhpuluh letupan berlaku terutamanya di daerah yang didiami puak Syiah dengan kejadian paling teruk di Bayaa, lokasi bom kereta menyebabkan kematian 23 orang kebanyakannya remaja lelaki yang sedang bermain biliard.

“Ketika itu saya baharu saja mahu menutup kedai, kemudian saya terdengar letupan kuat di jalan utama,” kata Kareem Abdulla. Kaki beliau masih menggigil akibat kejutan daripada letupan.

“Saya nampak banyak kereta dan kedai turut terbakar.” Letupan bom yang lain berlaku di panggung wayang, sebuah kedai jus yang popular serta sebuah masjid Syiah.

Komuniti Syiah jadi sasaran Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap manamana insiden pengeboman itu tetapi komuniti Syiah sering menjadi sasaran pemberontak Sunnah yang meningkatkan kembali pergerakan dan serangan di Iraq tahun lalu. sumber

No comments: