Monday, June 23, 2014

IRAQ - ISIL Tawan Bandar Rawa dan Ana

BAGHDAD: Militan sunnah hari ini mara ke barat Iraq dan membunuh 21 orang selepas menawan bandar Rawa dan Ana kelmarin.

Ia adalah ancaman terbaru pergerakan jihad Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), yang mengakibatkan ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal.

Mereka menembak mati 21 pemimpin tempatan di Rawa dan Ana dalam tempoh keganasan selama dua hari, menurut pegawai dan doktor.

ISIL berhasrat untuk mewujudkan sebuah negara Islam meliputi Iraq dan Syria, di mana kumpulan itu adalah juga penggerak utama dalam penentangan terhadap Presiden Bashar al-Assad. - AFP sumber

No comments: