Friday, June 13, 2014

IRAQ - Pejuang Akan Mara ke Baghdad dan Karbala



Foto Lelaki Iraq melaungkan slogan menentang kumpulan militan Pergerakan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) di luar sebuah kem tentera ketika mendaftar sebagai sukarelawan di Baghdad semalam. - Foto AP

AS pertimbang serangan udara ke atas pemberontak

KIRKUK: Militan menawan Bandaraya Tikrit dan semakin menghampiri Baghdad, memaksa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan rundingan krisis semalam manakala Amerika Syarikat mempertimbangkan serangan udara ke atas pemberontak.

Militan Pergerakan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) menawan Bandaraya Mosul Selasa lalu dan sejak itu berjaya menguasai sebahagian besar utara dan tengah Iraq termasuk Tirkit, kampung halaman Presiden Saddam Hussein.

Jurucakap ISIL, Abu Mohammaed al-Adnani, berkata pergerakan itu akan mara ke Baghdad dan Karbala, bandar raya di barat daya ibu negara Iraq itu yang dianggap antara paling suci bagi mazhab Syiah, kata Kumpulan Perisikan SITE.

Majlis Keselamatan PBB mengadakan pertemuan untuk membincangkan krisis dalam petunjuk kebimbangan antarabangsa semakin memuncak berikutan keadaan itu. sumber

No comments: