Friday, June 13, 2014

IRAQ - Turki Usaha Bebaskan Rakyatnya yang Diculik

ANKARA: Turki mengesahkan sedang mengadakan perbincangan untuk membebaskan berpuluh-puluh rakyatnya yang diculik oleh militan jihad di utara Iraq.

“Kami sedang bincang dengan semua pihak di Iraq, termasuk Kurdis dan Turkmenistan,” kata jurucakap kerajaan.

Katanya, mereka sudah mempertingkatkan inisiatif diplomatik bagi pembebasan warganya yang diculik. Militan daripada kumpulan jihad Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) menculik 49 orang daripada konsulat Turki di Mosul, termasuk ketuanya kelmarin.ISIL juga menawan 31 pemandu trak Turki dari sebuah stesen janakuasa di bandar berkenaan. Kerajaan Turki kini menggesa semua rakyatnya yang masih berada di Iraq supaya keluar dengan segera. - AFP sumber

No comments: