Sunday, June 22, 2014

ISIL Tawan Pos di Sempadan SYRIA, Syiah Semakin Goncang

Militan Sunnah menawan kawasan pos kawalan lintasan sempadan Iraq bersempadan dengan Syria selepas pertempuran selama sehari yang mengorbankan kirakira 30 tentera Iraq, kata pegawai keselamatan semalam.

Pegawai polis dan tentera berkata Pergerakan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) serta sekutu militan menawan kawasan pos kawalan lintasan sempadan yang berhampiran bandar Qaim, kirakira 320 kilometer di barat Baghdad itu, selepas bertempur sepanjang hari kelmarin dengan tentera Iraq.
Pegawai itu yang tidak memberikan nama kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk bercakap kepada media, berkata keadaan itu membolehkan militan Sunnah bergerak lebih bebas untuk membawa senjata dan peralatan berat ke tempat-tempat pertempuran.

Kegagalan mempertahankan kawasan pos kawalan itu membuatkan Perdana Menteri Nouri al-Maliki berdepan tekanan berat membentuk kerajaan campuran atau meletak jawatan berikutan kehilangan sebahagian besar wilayah kepada militan, dengan ulama Syiah dan Rumah Putih jelas membayangkan beliau menjadi sebahagian punca krisis itu.

Sertai desakan selepas Obama cabar Ulama Syiah paling dihormati di kalangan penganut fahaman berkenaan di Iraq kelmarin menyertai desakan supaya al-Maliki mendekati minoriti Kurdis dan Sunnah sehari selepas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mencabar beliau mewujudkan kepemimpinan mewakili semua puak di Iraq. sumber

No comments: