Monday, June 23, 2014

Israel Serang Bukit Golan

Israel lancar serangan udara di Golan       ASKAR Israel membuat persiapan di kawasan yang diduduki Israel di Bukit Golan, di mana tentera Yahudi itu melepaskan tembakan meriam ke arah kedudukan tentera Syria semalam. - Foto Reuters 
 
BAITULMAQDIS: Israel melakukan serangan balas terhadap tentera Syria di Bukit Golan atas alasan kononnya seorang remajanya terbunuh dalam serangan awal Syria.

Serangan semalam adalah yang paling serius di kawasan peletakan senjata di Syria sejak Perang Asia Barat 1973.
Kawasan yang disasarkan termasuk ibu pejabat tentera Syria dan kawasan pelancaran serangan, kata Leftenan Kolonel Peter Lerner bagi pihak tentera Israel.

Tentera Yahudi mendakwa serangan udara itu dilakukan selepas anak lelaki kontraktor kementerian pertahanan Israel dibunuh di Golan semalam. - AFP sumber

No comments: