Monday, June 23, 2014

LIBYA - Pilihanraya Rabu Ini

TRIPOLI: Libya akan mengadakan pilihan raya Rabu ini bagi memilih ahli Kongres Nasional Umum (GNC) atau parlimen.

Pilihan raya itu dianggap penting bagi masa depan negara berkenaan berikutan kekacauan dan pergolakan politik yang berlarutan terlalu lama.
Walaupun hampir 3.5 juta rakyat layak mengundi, terdapat hanya 1.5 juta pengundi sahaja yang berdaftar, kata pegawai.

Pengundi akan memilih ahli GNC daripada kalangan 1,628 calon, di mana 32 daripada 200 kerusi diperuntukkan untuk wanita dan ahli parlimen yang dilarang menganggotai mana-mana parti.

Sejak ketiadaan pemimpin terulungnya, Muammar Gaddafi, GNC adalah badan politik tertinggi, yang dipilih pada Julai 2012 dalam pilihan raya bebas pertama di negara berkenaan. - AFP
sumber

No comments: