Sunday, June 22, 2014

MESIR - Hukuman Mati 180 Ikhwan Disahkan Mahkamah

Kaherah: Mahkamah Mesir semalam mengesahkan hukuman mati ke atas lebih 180 anggota Ikhwanul Muslimin termasuk pemimpin atasan pergerakan itu, kata peguam.

Tidak dapat dipastikan berapa banyak hukuman sebenar yang disahkan, dengan peguam memberikan anggaran daripada 182 hingga 197.

Dalam kes lain, ia menjadi hukuman mati beramai-ramai paling besar disahkan dalam sejarah Mesir. Peguam memulaukan pembukaan perbicaraan pada 25 Mac lalu bagi membantah hukuman mati beramai-ramai terdahulu oleh Hakim Said Youssef. Sebulan selepas sesi itu, hakim menjatuhkan hukuman mati ke atas 683 orang lagi termasuk pemimpin agung Ikhwanul Muslimin, Mohammad Badie.

Tertuduh tidak hadir

Daripada 683 itu, 110 dibicarakan tanpa kehadiran tertuduh, menurut peguam Khaled elKomi.

Hukuman mati ke atas mereka yang tidak hadir terbatal secara automatik di Mesir jika menyerah diri atau ditangkap, dan perbicaraan semula perlu diadakan.sumber

No comments: