Sunday, June 22, 2014

Piala Dunia - BOSNIA Tersingkir

CUIABA: Penampilan sulung Bosnia-Hercegovina pada peringkat akhir Piala Dunia berakhir dengan kekecewaan apabila gol kontroversi oleh Peter Odemwingie mengakibatkan mereka kecundang 1-0 di tangan juara Afrika, Nigeria sekali gus tersingkir untuk ke pusingan kedua.

Kemenangan pertama Nigeria pada peringkat akhir Piala Dunia sejak 1998 itu menjadikan mereka sebagai pasukan pilihan untuk mengiringi Argentina ke pusingan kedua.

Nigeria dijadual bertemu Argentina dalam perlawanan terakhir kumpulan, awal pagi Khamis depan. - AFP 
sumber

No comments: