Friday, June 6, 2014

SYRIA - Seperti As-Sisi, Assad Menang

Menangi 88.7 peratus undi, mudah tewaskan dua pencabar

Damsyik: Bashar al-Assad dipilih semula sebagai presiden Syria apabila memperoleh 88.7 peratus undi pada pilihan raya yang kemenangannya sudah dijangka sedari awal.
 
Dua lagi calon pada pilihan raya Selasa lalu — Hassan al-Nuri dan Maher al-Hajjar — masing-masing memenangi 4.3 peratus dan 3.2 peratus undi, kata speaker parlimen Mohammad al-Lahham.

“Tahniah kepada rakyat Syria yang membuat pilihan dan keputusan,” katanya. “Syria mempunyai pemimpin dan kapten, yang akan mengemudi kapal ke pantai keamanan dan keselamatan.” sumber

No comments: