Monday, June 30, 2014

TAHILAND - 2 Polis Maut, 2 Orang Awam Cedera

NARATHIWAT: Harapan untuk menyambut hari pertama Ramadan dalam keadaan damai tidak kesampaian di selatan Thailand apabila dicemari dengan tindakan keganasan.

Pada tengah malam kelmarin pertempuran berlaku antara enam anggota polis daerah Takbai dan 10 lelaki bersenjata selama kira-kira setengah jam di Jalan Taba, Mukim Jekhe, Wilayah Narathiwat.

Menurut polis, dua anggota polis terkorban dan dua laras raifal serta dua pucuk pistol mangsa dilarikan. Dua orang awam turut tercedera dalam kejadian berkenaan.
Kumpulan berkenaan dipercayai anggota gerakan pemisah di kawasan Pulau Satol Takbai. Ekoran kejadian itu, lebih 100 orang anggota keselamatan memburu suspek” Pakdee Prichachon, Ketua polis daerah Takbai

Ketua polis daerah Takbai, Pakdee Prichachon berkata keenam-enam anggota polis itu sedang meronda dengan tiga buah motosikal ketika diserang hendap.

Beliau berkata kumpulan itu, dipercayai puak pemisah, dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan satu kumpulan menyerang polis, kumpulan kedua melakukan kawalan dan kumpulan ketiga menabur paku dan bahan-bahan lain untuk menyekat bantuan pihak keselamatan Thailand.

Katanya, kumpulan berkenaan dipercayai anggota gerakan pemisah yang aktif di kawasan Pulau Satol Takbai.

Ekoran kejadian itu, lebih 100 orang anggota keselamatan melakukan kepungan memburu suspek dengan mengguna anjing pengesan.
Sementara itu, pada jam 7.25 pagi semalam, dua bom diletupkan di dua tempat, iaitu kawasan kilang kayu getah dan di sebatang tiang elektrik tetapi tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Menurut saksi, pada jam 2 pagi, terdapat empat hingga enam orang lelaki menaiki tiga motosikal yang dipercayai meletak bom di kawasan tersebut.

Umat Islam di Thailand menyambut Ramadan dan mula berpuasa semalam. - BERNAMA sumber

No comments: