Sunday, June 1, 2014

TURKI - Demonstrasi



Turki tingkat keselamatan hadapi penunjuk perasaan Gambar pada 26 Mei lalu, polis mengawasi penunjuk perasaan yang berkumpul di luar mahkamah di Ankara ketika perbicaraan kes seorang anggota polis dituduh membunuh seorang lelaki ketika demonstrasi antikerajaan, Jun tahun lalu.
 
Istanbul: Beribu-ribu polis Turki dikerah ke Istanbul semalam menjelang demonstrasi sempena ulang tahun pertama protes yang berkembang menjadi pemberontakan terhadap pemerintahan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.

Kempen kecil pada tahun lalu yang mulanya untuk menyelamatkan Taman Gezi Istanbul daripada pembangunan semula, akhirnya menarik lebih 3 juta penunjuk perasaan yang marah dengan kerajaan Islam Erdogan yang cenderung kepada kuku besi.
 
 Seramai lapan terkorban dan ribuan lagi cedera dalam pertempuran dengan polis yang berlaku ekoran daripada itu, apabila bom asap dilepaskan di taman yang sering dikunjungi orang ramai dekat Dataran Taksim.


Walaupun larangan protes masih berkuat kuasa di dataran yang menjadi pusat utama tunjuk perasaan tahun lalu itu, aktivis menyeru orang ramai menyertai perarakan baru semalam, sekali gus meningkatkan lagi kemungkinan berlakunya pertempuran selepas polis terpaksa berdepan dengan penunjuk perasaan yang melanggar arahan larangan bulan ini.

Kerajaan Erdogan mengerahkan ribuan polis antirusuhan dan polis dalam pakaian awam, awal semalam untuk menguat kuasa larangan berkenaan, kata wartawan AFP.

Sekitar 25,000 pegawai polis serta berpuluh trak meriam air, dan kereta lengkap bersenjata dikerahkan ke seluruh Istanbul semalam bagi menghalang penunjuk perasaan dari berkumpul di dataran berkenaan.

“Kami tahu apa yang berlaku Jun tahun lalu dan ia bukanlah satu kenangan yang baik,” kata gabenor Istanbul Huseyi Avni Mutlu. “Kami tidak mahu melihat kesedihan begitu lagi.” Perdana Menteri turut menggesa remaja Turki untuk menjauhi kawasan itu. - AFP sumber

No comments: